Bantuan khairat kematian atau iKAFALAH ini merupakan satu skim bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada seluruh Rakyat Kedah. Bantuan ini boleh dimohon kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Jitra dan pejabat akan menghantar maklumat kepada Kerajaan Negeri Kedah.
SILA SEDIAKAN DOKUMEN BERIKUT
1) Salinan kad pengenalan waris yang memohon
2) Salinan sijil kematian/ permit mengubur
HANTAR DOKUMEN KE ALAMAT BERIKUT
Alamat : Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Jitra, No. 1, Taman Pasu, 06000 Jitra, Kedah